FUNGSI, VISI, MISI DAN PIAGAM PELANGGAN

FUNGSI

BAHAGIAN MEKANIKAL

JKR SELANGOR


1. Mengurus,menyenggara dan membaiki semua kenderaan-kenderaan, loji-loji
Jentera berat dan peralatan mekanikal mudah alih milik JKR dan
Kerajaan negeri amnya.

2. Memberi perkhidmatan pakar runding kejuruteraan mekanikal termasuk
rekabentuk, pengujian dan penyeliaan pemasangan kelengkapan mekanikal
bagi bangunan-bangunan kerajaan negeri dan persekutuan termasuk sekolah
dan kem tentera.

3. Menguruskan proses perolehan aset-aset baru mekanikal untuk JKR dan
Jabatan-jabatan kerajaan lain.

---------------------------------------------------------------------------------------------------- 

 

VISI DAN MISI JABATAN
SISTEM PENGURUSAN KUALITI
JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR

 

VISI

Menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan infrastruktur Negara berteraskan modal insan yang kreatif dan innovatif serta teknologi terkini.

 


MISI

Misi kami ialah untuk menyumbang kepada pembangunan Negara dengan:-

• Membantu pelanggan kami merealisasikan matlamat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.

• Mempiawai proses dan Sistem kami untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.

• Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek efektif dan inovatif.

• Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.

• Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.

• Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.

• Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.

• Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

PIAGAM PELANGGAN JKR NEGERI SELANGOR

Kami adalah komited untuk menyediakan dan meyelenggarakan infrastruktur dan kemudahan awam bagi memenuhi keperluan pembangunan Negara.

Dalam menyediakan keperluan di atas Jabatan ini akan sentiasa menambahkan perkhidmatan profesional yang berkualiti dalam perancangan reka bentuk, pelaksanaan dan pengurusan dalam segala projek dan program dengan memberi penekanan kepada :-

1 ) Jangka masa secepat mungkin.
2 ) Kos yang ekonomik.
3 ) Reka bentuk yang menarik dan kualiti yang terbaik.

Jabatan ini akan sentiasa memastikan infrastruktur dan kemudahan awam yang dipertanggungjawabkan berfungsi seperti mana yang ditetapkan dengan gangguan yang minimum.

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

PIAGAM PELANGGAN JKR MEKANIKAL SELANGOR

Kami di JKR Cawangan Kejuruterraan Mekanikal Negeri Selangor adalah komited untuk memberi perkhidmatan kejuruteraan mekanikal secara profesional, mengambil kira tatacara dan peraturan pentadbiran dan kewangan semasa kerajaan, dalam melaksanakan tanggungjawab kami seperti berikut :