Penjimatan Tenaga Elektrik

JIMATKAN TENAGA ELEKTRIK!!!

Berikut adalah tanggungjawab kakitangan untuk menjimatkan tenaga elektrik:

Bertindak segera.

  1. Padam/tutup (switch off) semua peralatan terutama penyaman udara, cerek, penjilid buku, television, lampu dll selepas digunakan dan selepas waktu pejabat.
  2. Jimatkan penggunaan peralatan elektrik terutama penyaman udara, padankan kuasa mengikut keadaan semasa dan keperluan.
  3. Keluarkan palam(plug) peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup. Tidak perlu biarkan di dalam keadaan "standby mode".
  4. Lakukan audit penggunaan tenaga elektrik di tempat anda. Ini dapat menjamin sistem pendawaian yang    betul di pejabat.
  5. Set kipas/blower pada pendingin hawa kepada "ON" berkadar daripada "AUTO". Pengaliran udara yang sekata dapat menstabilkan suhu udara dalam bilik.